Want your
own Fotopage?







 
mohamad sani's FotoPage

By: mohamad sani osman

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 28-Nov-2011 04:32 Email | Share | Bookmark
Cara Pengiraan Kuasa Letrik (watt) di rumah.JIMATKAN ELEKTRIK!!!

Bagi kebanyakkan pengguna, sumber tenaga yang paling banyak digunakan di dalam dan di sekeliling rumah atau pejabat mereka adalah tenaga elektrik. Tips ini akan memfokus kepada penggunaan tenaga elektrik dan bagaimana untuk mengiranya secara eksklusif. Gaya hidup yang membazir telah dikenal pasti sebagai salah satu sebab yang menyebabkan peningkatan penggunaan tenaga elektrik per kapita. Pemilihan alat elektrik dan rekebentuk rumah atau pejabat juga akan menyumbang terhadap keadaan ini.

Memandangkan banyak alat elektrik mempunyai tetapan yang berlingkungan (sebagai contoh, volume pada sesebuah radio), jumlah sebenar kuasa yang digunakan bergantung pada tetapan yang digunakan pada bila-bila masa. Gunakan formula yang berikut untuk menganggarkan jumlah tenaga yang telah digunakan oleh alat elektrik yang spesifik:

Kuasa (Watt) x Jumlah Jam Digunakan sehari = Jumlah Penggunaan Kilowatt-jam (kWj) Seharian (1 kilowatt (kw) = 1,000 Watt)
Darabkannya dengan jumlah hari yang anda gunakan alat elektrik dalam setahun bagi penggunaan tahunan. Anda boleh mengira kos tahunan yang perlu untuk menggunakan alat elektrik dengan mendarabkan kWj per tahun dengan kos per penggunaan kWj.
(Perhatian: Nilai kuasa boleh didapati pada label kelengkapan bersama dengan voltan, unit bagi kuasa adalah Watt)

Contoh:

Alat Elektrik Watt(W) x Jam per hari(j) X Hari per tahun ÷ Tukar kepada kWj x KadarkWj (RM) = Kos per tahun(RM)
Kipas Tingkap 200 x 4 X 120 ÷ 1000 x 0.22 = 21.12
Radio 400 x 4 X 365 ÷ 1000 x 0.22 = 128.48
Pemanas air 1200 x 1 X 365 ÷ 1000 x 0.22 = 96.36
Contoh Kuasa Peralatan Elektrik Dalam Watt
Akuarium = 50-1210 Watt
Radio Jam= 10
Mesin membuat Kopi = 900-1200
Mesin Basuh = 350-500
Mesin Pengering Pakaian = 1800-5000
Mesin Basuh Pinggan Mangkuk = 1200-2400
Selimut elektrik = 60 / 100
Kipas siling = 65-175
Kipas tingkap = 55-250
Relau = 750
Pengering Rambut = 1200-1875
Alat pemanas = 750-1500
Seterika = 1000-1800
Ketuhar = 750-1100
Komputer persendirian:
CPU - jaga / tidur = 120 / 30 atau kurang
Monitor - jaga / tidur = 150 / 30 atau kurang
Komputer riba = 50
Radio (stereo) = 400
Peti sejuk = 725
Televisyen (warna):
19" = 110
27" = 113
36" = 133
53"-61" Penayangan = 170
Skrin rata = 120
Mesin pembakar roti = 800-1400
VCR/DVD = 17-21 /20-25
Pembersih Vakum = 1000-1440

Perhatikan juga banyak alat elektrik yang terus mengeluarkan jumlah kuasa yang kecil walaupun mereka adalah dalam keadaan “tutup”. Keadaan ini berlaku dalam banyak alat elektrik yang menggunakan tenaga elektrik seperti VCR, televisyen, stereo, komputer dan alat elektrik dapur. Hal ini akan meningkatkan sedikit watt dalam penggunaan tenaga alat elektrik dalam masa sejam. Tanggungan ini boleh dielakkan dengan mengeluarkan soket alat elektrik.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net